Watak dan Perwatakan Unohana_Retsu

Unohana ialah wanita yang lemah-lembut, beradab dan penyayang. Dia jarang panik atau menunjukkan bahawa dirinya sedang menghadapi masalah. Dia juga sangat sopan walaupun berang (misalnya apabila ahli bahagian lain membuli ahli bahagiannya) tetapi membebaskan aura yang mampu menakutkan orang lain walaupun pada masa yang sama, senyuman manis menghiasi bibirnya. Dia memakai pakaian seragam shinigami piawai tetapi menggenakan obi dan bukannya tali pinggang kain. Rambutnya juga ditocangkan dan dililitkan ke hadapan dadanya. Dia mempunyai hubungan yang intim dengan leftenannya Kotetsu Isane.

Dalam anime, selepas Abarai Renji tewas di tangan Kuchiki Byakuya dalam pertarungan, dia memulihkan Renji tanpa teragak-agak walaupun Renji telah mengkhianati Soul Society. Renji sendiri tidak mengetahui identiti penyelamatnya kerana penglihatannya amat kabur dan dia tidak sedarkan diri selepas itu.

Unohana juga nampaknya membenarkan ahli bahagiannya pergi ke dunia nyata dari semasa ke semasa; dalam anime, dia memberi kebenaran kepada Yamada Hanatarō untuk bercuti di dunia sebenar selepas kejadian di Soul Society. Tambahan pula, dalam komik V-Jump, dia ialah pengarah Persatuan Shinigami Wanita (maka, dia lebih berkuasa daripada Presiden Kusajishi Yachiru dan Timbalan Presiden Ise Nanao).

Retsu dalam bahasa Jepun bermakna "sejuk", "garis" atau "perbalahan" tetapi kanji yang digunakan bermaksud "garang". Tetapi, jika digabungkan dengan karektor (huruf) untuk wanita, ia membawa maksud "kekuatan wanita". Nama keluarganya Unohana bermakna "Bunga Arnab" - hal ini mungkin merujuk kepada gaya rambutnya yang melambangkan sepasang telingan arnab saling berlilit jika dipandang dari tepi. Unohana juga merupakan nama hidangan Jepun yang dibuat daripada okara (kacang soya yang ditumbuk lumat).